satusabah

Pekerja Wanita Muda Ditemui Mati Di Bilik Spa

KOTA KINABALU: Seorang pekerja wanita berusia 22 tahun ditemui mati oleh pengurusnya di sebuah spa di Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, di sini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata mangsa, yang baru bekerja di spa berkenaan sejak tiga bulan lepas, ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan mulut berdarah dan kaku dalam salah sebuah bilik di premis berkenaan.

"Polis menerima panggilan daripada pengurus spa berkenaan pada pukul 11.39 pagi dan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada kesan selongkar atau geledah di dalam bilik berkenaan.

"Tiada sebarang senjata dan sebarang sebarang ubat-ubatan yang dijumpai di kawasan sekitar lokasi berkenaan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital QueenElizabeth di sini untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat. -Bernama

Related

Jenayah 8607734441394597969

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item