satusabah

Pemandu bas dibakar hidup-hidup

SYDNEY 28 Okt. - Seorang pemandu bas dibakar hidup-hidup oleh seorang penumpang dengan cecair mudah terbakar hadapan penumpang lain di dalam sebuah bas di Brisbane, hari ini.

Sehingga kini masih belum ada motif jelas mengenai punca pembunuhan lelaki berusia 29 tahun yang dikenali oleh media tempatan sebagai Manmeet Alishaer, seorang penyanyi terkenal dalam kalangan masyarakat India Punjabi.

“Ini adalah satu kejadian ngeri yang berlaku di daerah di Moorooka. Kes ini jarang berlaku apabila tiada motif yang jelas.

“Seorang pemandu bas, yang hanya melakukan kerjanya untuk membantu masyarakat, telah diambil nyawanya, disifatkan tidak berperikemanusiaan,” kata pegawai polis, Jim Keogh.

Suspek berusia 48 tahun itu ditahan di perhentian bas dan diletakkan dalam tahanan polis. Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menendang pintu belakang bas untuk menyelamatkan penumpang lain.

“Nasib baik keseluruhan bas itu tidak terbakar,” kata Keogh. - AFP

Related

Global 4024579048494759792

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item