satusabah

Pembocor maklumat operasi di Pantai Timur Sabah ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan lebih 10 individu termasuk anggota pasukan keselamatan yang dipercayai terbabit membocor maklumat operasi pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata semua mereka ditahan dalam operasi khas yang dijalankan sejak semalam hingga hari ini. "Selain anggota keselamatan terbabit, kita turut menahan penduduk yang terdiri dari rakyat tempatan dan warga Filipina yang berada tinggal di sekitar Pantai Timur Sabah.

"Semua mereka ini ditahan dan disiasat bawah Akta Keselamatan Langkah-Langkah Khas (SOSMA) 2012, Akta Imigresen serta akta yang berkaitan," katanya pada sidang media di Bukit Aman, sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak akan menahan lebih ramai lagi individu yang dipercayai terbabit membocorkan maklumat mengenai kawalan dan operasi di Pantai Timur Sabah.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan terdapat kemungkinan wujudnya kebocoran maklumat oleh 'orang dalam' sehingga menjadi punca kejadian penculikan oleh kumpulan militan dari selatan Filipina, sering berlaku walaupun pihak pasukan keselamatan sering melakukan pengawasan.

Related

Kes penculikan di semporna 6858507074622791225

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item