satusabah

Pengerusi PKR Sabah Keluar Parti, Bakal Tubuh Parti Baharu Tempatan

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan Sabah menerima tamparan hebat apabila Pengerusi PKR negeri, Datuk Lajim Ukin dan Setiausaha DAP Sabah, Junz Wong mengumumkan keluar parti pada Ahad.

Lajim berkata pengunduran tersebut berkuat kuasa serta-merta dengan lebih ramai pemimpin dijangka mengikut jejak langkah mereka dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian di Hotel YAHO, Sembulan dekat sini dengan kehadiran sekumpulan penyokongnya. Turut meninggalkan PKR adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog, Terrence Siambun.

Ketika berucap pada perhimpunan pengisytiharan hala tuju perjuangan melalui parti tempatan, Lajim berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira harapan rakyat Sabah yang mahukan parti tempatan membela nasib dan menjaga kepentingan mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Lajim berkata beliau akan menubuhkan parti baharu tempatan dan kini sedang dalam proses pendaftaran serta menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Kami mengharapkan dalam tempoh terdekat ini RoS akan memberikan kelulusan. Saya akan umumkan nama parti selepas mendapat kelulusan,” katanya, dan menambah parti baharu tempatan itu adalah parti berbilang kaum.

Lajim juga berkata parti baharunya itu akan bekerjasama dengan parti pembangkang tempatan di Sabah termasuk parti baharu yang ditubuhkan bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal. - Sumber: Lajim tubuh parti baharu tempatan

Related

Politik 1490068220868911449

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item