satusabah

Penjara berhantu' di Imago, KK Times Square

KOTA KINABALU: Kompleks beli-belah Imago di KK Times Square di sini, menawarkan tarikan baharu sempena Hari Halloween.

Bermula esok hingga 13 November depan, pengunjung pusat beli-belah itu berpeluang merasai pengalaman memasuki penjara berhantu 'The Reformatory' di ruang legar, aras bawah kompleks terbabit.

Pengarah Eksekutif Asian Pac Holdings Berhad, Dr Yu Tat Loong, berkata penganjuran aktiviti itu adalah kali kedua selepas sambutan menggalakkan iaitu lebih 3,000 pengunjung bagi tempoh sebulan untuk pengalaman rumah hantu 'The Infirmary', tahun lalu.

"Sehubungan itu, tahun ini kita meletakkan sasaran lebih besar memandangkan jumlah pengunjung di Imago kian bertambah.

"Berbeza dengan tahun sebelumnya, acara tahun ini menjanjikan lebih banyak kejutan dan suasana menakutkan," katanya pada majlis pelancaran The Reformatory di kompleks beli-belah itu di sini, sebentar tadi.

Tat Loong berkata, pihaknya sentiasa berfikir secara kreatif untuk menjadikan pusat beli-belah terbabit sebagai lokasi pengunjung melalui pelbagai pengalaman unik dan pelik, sekali gus menjadi tempat beriadah serta membeli-belah.

Beliau berkata, Imago juga dihias menjadi lokasi menyeramkan bagi menarik perhatian pengunjung.

"Pengunjung hanya perlu berbelanja RM100 ke atas dalam satu resit di mana-mana premis dalam Imago dan menebus tiket kemasukan pada hari sama pembelian.

Hanya empat orang maksimum atau dua orang minimum berumur 16 tahun ke atas dibenarkan masuk ke penjara berhantu itu dalam satu masa," katanya.

Related

Kota Kinabalu 1317227127728298121

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item