satusabah

Pergi jahanam Obama: Duterte

Manila: Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang bermulut celupar mengeluarkan kata-kata "go to hell" (pergi jahanam) kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ketika beliau mengancam menamatkan hubungan baik sejak beberapa dekat dengan Amerika, hari ini.

Duterte membuat kecaman itu ketika Filipina dan Amerika memulakan latihan perang tahunan sebagai membalas kritikan Amerika terhadap latihan berkenaan.

“Saya sudah hilang hormat kepada Amerika,” katanya berucap mengenai permintaan Amerika, PBB dan Kesatuan Eropah yang mendesaknya menghormati hak asasi manusia, terutama dalam isu pembunuhan penjenayah dan pengedar dadah.

“Mr Obama, anda boleh pergi jahanam,” katanya yang melabel Amerika sebagai hipokrit sambil memberi amaran akan tiba masanya memutuskan terus kerjasama kedua-dua negara, termasuk kerjasama pertahanan.

“Saya lebih rela bekerjasama dengan Russia atau China. Walaupun tidak bersetuju dengan ideologi mereka, mereka menghormati orang lain. Hormat itu penting,” katanya.

Selepas menjadi presiden pada 30 Jun lalu, Duterte mengarahkan pembunuhan pengedar dan penagih dadah di negara itu yang kini sudah mengorbankan 3,000 orang.

Beliau menegaskan polis hanya membunuh bagi mempertahankan diri manakala kematian lain disebabkan pertikaian antara kumpulan pengedar dadah serta samseng.

Namun, PBB memberi amaran beliau mungkin mencabuli undang-undang antarabangsa terutama berkaitan hak asasi manusia dan Obama sebelum ini, turut mempertikaikan tindakannya.

Related

luar negara 7956617461665072559

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item