satusabah

Perintah Berkurung ESSZONE Sabah Diteruskan

KOTA KINABALU 26 Okt.- Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini dilanjutkan mulai esok hingga 11 Nov dengan perubahan pada masa penguatkuasaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata masa penguatkuasaan bermula esok adalah dari pukul 6 petang hingga 6 pagi berbanding sebelum ini iaitu dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.

Beliau berkata dengan perlanjutan itu, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di rumah dan dilarang memasuki kawasan berkenaan sepanjang tempoh itu.

Menurutnya, perairan yang terlibat dalam perintah berkurung itu meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

"Keperluan untuk meneruskan perintah berkurung di situ ialah untuk memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong luar negara yang melawat pulau peranginan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-BERNAMA

Related

Perintah Berkurung 1704366549886838135

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item