satusabah

Perintah Berkurung Fasa Ke-52 Dilanjutkan

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir malam ini, dilanjutkan dua minggu lagi bagi fasa ke-52 bermula esok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata fasa baharu perintah berkurung di kawasan itu dikuatkuasakan bermula jam 7 malam esok sehingga 26 Oktober ini.

Peraturan itu dikuatkuasakan di perairan tujuh daerah dalam kawasan ESSZONE iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Berikutan itu, orang ramai di daerah terbabit diingatkan tidak berada di lokasi diisytiharkan kawasan perintah berkurung bermula jam 7 malam hingga jam 5 pagi. Abd Rashid berkata, langkah meneruskan perintah berkurung itu bagi mengekang pencerobohan pengganas dan ancaman penculikan.

"Berdasarkan maklumat, pengganas termasuk kumpulan Abu Sayyaf dari selatan Filipina masih cuba menceroboh kawasan ESSZONE untuk melakukan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan (KFR).

"Ini juga memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta aktiviti perikanan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan.

"Sehubungan itu, perintah berkurung perlu diteruskan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta yang berada di daratan di kawasan ESSZONE," katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Abd Rashid berkata, orang ramai yang perlu turun ke laut untuk melakukan aktiviti perikanan atau laluan mendesak ketika perintah berkurung perlu mendapatkan permit daripada ketua polis daerah di kawasan berkenaan.

Related

Perintah Berkurung 9127619859426865864

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item