satusabah

Peruntukan RM3.3 bilion tanpa pengetahuan kementerian: Pairin

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (gambar) berkata peruntukan RM3.3 bilion dari persekutuan yang disalurkan ke Jabatan Air Sabah tanpa pengetahuan Kementerian Pembangunan Infrastruktur.

“Saya faham sejumlah RM3.3 bilion projek persekutuan adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang bukan dikendalikan kementerian di bawah saya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Katanya kementeriannya tidak akan menyembunyikan apa-apa terhadap dua pegawai pegawainya yang disyaki terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Beliau berkata kementerian itu akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes itu.

Pairin berkata beliau amat terkejut apabila mendengar berita dan gambar penangkapan itu, yang disebarkan di dalam media sosial.

Menurut beliau pemerolehan projek dan pembayaran dikendalikan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan Air Sabah.

“Berikutan perkembangan ini, kementerian saya akan membuat kajian dan mencadangkan satu sistem laporan yang sesuai, yang akan melibatkan kementerian (pembangunan infrastruktur),” katanya.

TERBARU : Shafie Apdal persoal motif pihak kaitkannya kes rasuah Sabah

SPRM dilaporkan merampas RM114.5 juta daripada serbuan di pejabat dan rumah tertuduh. Dalam sidang akhbar Isnin lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata kes itu merupakan kes rampasan terbesar dalam sejarah SPRM melibatkan penjawat awam.

Related

SPRM 3656306728442602530

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item