satusabah

Presiden Filipina persilakan AS keluar dari negaranya

TOKYO: Presiden Rodrigo Duterte, hari ini menggesa pelabur asing di Filipina yang mengkritik dasar antinarkotiknya supaya 'kemas barang' dan meninggalkan negaranya.

Duterte menyuarakan kemarahannya terhadap pelbagai komen oleh perwakilan Amerika Syarikat (AS) ke Asia, yang berkata retorik Duterte yang berapi-api dan perang terhadap jenayah yang meragut kira-kira 3,700 nyawa dalam tempoh empat bulan, boleh menjejas perniagaan.

"Orang Amerika memang gila," kata Duterte, sambil menunjukkan tajuk akhbar yang melaporkan kritikan Penolong Setiausaha Negara AS bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Daniel Russel.

"Russel kata 'komen Duterte menyebabkan kerisauan dalam komuniti perniagaan.' Jika begitu, segera kemas dan pergi. Saya jamin kami boleh hidup," katanya.

Beliau juga melancarkan satu lagi kecaman antiAmerika sebelum ke Jepun untuk menarik pelaburan.

Duterte mengadakan lawatan tiga hari ke Jepun, antara sekutu utama AS di Asia, sebahagiannya bertujuan untuk menarik pelaburan dua hala melebihi AS$18 bilion yang dicapai tahun lalu. - AFP

Related

filipina 6725739921985962227

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item