satusabah

Rakan sekerja tetak sampai mati

Kinabatangan: Seorang buruh ladang maut ditetak di leher oleh rakan sekerjanya di kawasan rumah kongsi ladang Kurnialang Malbumi, Kinabatangan, kira-kira jam 8 pagi semalam.

Mangsa Jumada Tahiah, 46, warga Indonesia dipercayai ditetak menggunakan parang dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, suspek lelaki berusia 44 tahun yang juga rakan sekerja mangsa ditahan di pejabat ladang berkenaan kira-kira jam 3 petang tadi oleh sepasukan polis.

"Ketika suspek ditahan, sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian itu dirampas. "Siasatan awal mendapati motif pergaduhan disebabkan dendam lama antara mangsa dengan suspek dan ketika kejadian mangsa datang ke arah suspek dan mengancam untuk membunuhnya serta keluarga," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Related

Kinabatangan 8819970365734639796

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item