satusabah

Rasuah Sabah: Bekas Timbalan Pengarah JANS pula Ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek infrastruktur membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bernilai RM3.3 bilion.

Menurut sumber, suspek yang berusia 62 tahun itu merupakan Bekas Timbalan Pengarah JANS yang telah bersara daripada perkhidmatan tahun lalu.

"Selepas bersara, suspek telah dilantik sebagai Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah yang disandangnya sehingga kini.

"Suspek telah ditahan di pejabatnya semalam," katanya di sini.

Siasatan awal mendapati suspek juga telah menerima sejumlah wang daripada beberapa kontraktor ketika memegang jawatan Timbalan Pengarah JANS.

SPRM turut merampas dua kereta milik suspek iaitu Mercedes Benz dan Land Cruiser.

Bagaimanapun, tiada sebarang rampasan wang tunai dibuat setakat ini oleh SPRM. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut.

Mahkamah Majistret Sabah membenarkan suspek ditahan reman selama enam hari, bermula hari ini. -- BERNAMA

Related

SPRM 2394698775254639878

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item