satusabah

Ratu Cantik Indonesia Rangku Gelaran Juara Miss Grand International 2016

LAS VEGAS: Ratu cantik Indonesia Ariska Putri Pertiwi dinobatkan sebagai Miss Grand International di sini pagi Rabu, sekali gus menjadi rakyat negara itu yang pertama memenangi pertandingan tersebut yang diadakan sejak 2013.

Menurut laporan portal The Indian Express, Ariska yang berusia 21 tahun, berjaya menewaskan 74 ratu cantik dari seluruh dunia yang memiliki kelebihan tersendiri.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong saya dan ahli keluarga yang tidak henti-henti memberikan semangat sepanjang berada dalam pertandingan ini.

“Anda semua memang terbaik, saya juga sudah bersedia untuk melakukan kerja-kerja amal di serata dunia terutama sekali memerangi keganasan dan peperangan,” kata Ariska ketika berucapan di atas pentas.

Sebelum menjulang mahkota kejuaraan, Ariska telah bersaing dengan Ratu Cantik Thailand, Filipina dan Amerika Syarikat untuk berada pada kedudukan empat peserta teratas.


 Ariska juga turut menerima anugerah Busana Kebangsaan Terbaik.

Related

info dunia 8167988453556238071

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item