satusabah

Restoran hangus terbakar, pekerja pengsan sesak nafas

KUNDASANG: Sebuah restoran di pekan ini musnah dalam satu kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8.10 malam Ahad.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku sementara barangan di dalam restoran berkenaan termasuk sebuah ruang kedai telefon bimbit dan kedai alat tulis terletak di bahagian belakang ruang restoran itu turut musnah.

Pemilik restoran, Wasry Tarijin berkata dia tidak berada di premis itu ketika kejadian berlaku. Katanya api berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan berdekatan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau yang tiba di lokasi kebakaran kira-kira jam 8.40 malam selepas menerima panggilan daripada orang awam.

“Semasa kejadian, saya dalam perjalanan balik ke Kundasang dari Kota Kinabalu. Saya menerima panggilan telefon daripada anak-anak saya yang tinggal di tingkat atas, yang sempat turun apabila terhidu bau asap dari ruang restoran di bahagian bawah,” katanya ketika ditemui pagi kelmarin.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian keseluruhan masih dalam siasatan. Pemilik kedai telefon bimbit Shillahwati Wasry, 23, menganggarkan kerugiannya mencecah RM150,000 memandangkan semua telefon dan peralatan elektroniknya yang lain adalah yang berjenama.
Manakala pemilik kedai alat tulis dan beberapa peralatan elektronik, Rahimi Waidi, 49, menganggarkan kerugiannya kira-kira RM60,000.

Mantan pengerusi malim gunung, yang juga salah seorang warga pekan Kundasang, Suhaji Ismail, 59, yang turut ke lokasi kebakaran itu menyifatkannya sebagai satu dugaan hidup yang tidak dijangka berlaku.

“Semua orang tidak dapat meramalkan kejadian kebakaran itu. Semoga keluarga Wasry bersabar menghadapinya serta redha dengan apa yang berlaku sambil mengharapkan semua itu ada hikmah di sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Jimmy memberitahu media,dalam insiden itu, seorang pekerja restoran berkenaan ditemui pengsan seterusnya dikejarkan ke Hospital Ranau menggunakan jentera EMRS berkemungkinan sesak nafas.

Related

kebakaran 452161103385157869

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item