satusabah

RM30.5 juta dibayar kepada Abu Sayyaf

Manila: Kumpulan militan Abu Sayyaf memperoleh sekurang-kurangnya AS$7.3 juta RM30.5 juta wang tebusan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, hasil penculikan rakyat asing, termasuk dari Malaysia, Indonesia dan Eropah.

AP melaporkan laporan penilaian tentera dan polis Filipina menyatakan sebahagian besar daripada RM30.5 juta wang tebusan diterima Abu Sayyaf antara Januari hingga Jun lalu, adalah bagi pembebasan 14 tebusan Indonesia dan empat rakyat Malaysia.

 Kumpulan itu mendapat AS$413,000 (RM1.7 juta) bagi membebaskan Marites Flor, wanita Filipina yang diculik bersama dua lelaki Kanada dan seorang lelaki Norway dari resort di Pulau Samal tahun lalu Namun Filipina menyatakan tidak tahu mengenai pembayaran wang tebusan bagi membebaskan Marites Flor sebaliknya menegaskan ia mengekalkan dasar tidak berunding dan membayar wang tebusan.

Laporan itu menyatakan operasi besar-besaran tentera Filipina terhadap kumpulan itu mengurangkan jumlah anggota Abu Sayyaf namun kumpulan itu masih mampu melancarkan serangan serta meneruskan penculikan.

AP melaporkan laporan penilaian tentera dan polis Filipina mengurangkan jumlah anggota Abu Sayyaf kepada 481 orang berbanding 506 sebelum ini namun kumpulan itu masih mampu melakukan 32 serangan bom bagi mengganggu operasi tentera.

Rodrigo Duterte yang menjadi Presiden Filipina Jun lalu, mengarahkan operasi tentera besar-besaran bagi menghapuskan terus Abu Sayyaf.

“Abu Sayyaf kini mensasarkan bot tunda asing untuk menculik anak kapalnya berikutan operasi ketenteraan terhadap mereka. Mereka dijangka meningkatkan penculikan di kawasan sibuk perairan di selatan Filipina, Malaysia dan Indonesia.

“Wang tebusan yang dibayar kepada Abu Sayyaf membolehkan kumpulan itu membeli senjata dan peluru,” kata laporan itu. Kumpulan itu memenggal dua tebusan Kanada selepas tamat tempoh tuntutan pembayaran wang tebusan.

Rakyat Norway dibebaskan bulan lalu, selepas setahun ditahan dan Duterte dikatakan menyebut sebanyak AS$1 juta (4.2 juta) dibayar untuk pembebasannya walaupun tentera Filipina menyatakan operasi tentera memaksa Abu Sayyaf membebaskan tebusan itu.

Related

Global 3904407426684933451

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item