satusabah

Rompakan Berkumpulan: Mahkamah Tetap 24 Oktober Untuk Bela Diri

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan pada 24 Oktober tahun ini sebagai tarikh bela diri, terhadap seorang lelaki yang didakwa melakukan rompak berkumpulan.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim membuat keputusan itu terhadap Mohd Nizam Baharuddin, 36, selepas berpuas hati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bersama dengan dua orang yang masih bebas, dan merampas sebuah telefon bimbit milik seorang lelaki.

Kesalahan itu dilakukan pada 26 Jun 2014 jam 2.30 petang hingga jam 3 petang, di tepi jalan Kampung Berungis, Papar.

Sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 359 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan.

Sementara itu, pihak pembelaan menyatakan akan memanggil seorang saksi iaitu tertuduh sendiri, untuk memberikan keterangan.

Related

rompakan 6202164291805107263

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item