satusabah

Ros Lulus Pendaftaran Parti Harapan Rakyat Sabah

PUTRAJAYA, 25 Okt - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran penubuhan parti baharu, Parti Harapan Rakyat Sabah, yang bakal diterajui bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin.

Lajim yang ditemui pemberita di ROS di sini hari ini selepas menerima sijil pendaftaran itu berkata, permohonan pendaftaran parti dengan akronim Harapan Rakyat itu dikemukakan oleh Patrick Sadom selaku pengerusi penaja yang juga presiden sementara parti itu kepada ROS pada 14 Sept lepas.

Parti yang menyasarkan penyertaan rakyat Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang menerima dasar Harapan Rakyat, katanya.

Menurutnya, 10 ketua ranting dan 80 peratus ketua cabang serta pimpinan PKR negeri yang meninggalkan parti itu baru-baru ini berikrar menjadi tonggak kepada parti baharu itu.

Parti itu menyasarkan untuk mendaftarkan 2,600 anggota dalam tempoh sebulan, katanya.

Sebelum menyertai PKR pada 2012, Lajim merupakan Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. - Parti Harapan Rakyat Sabah Sudah Lulus ROS

Related

Politik 7822538235661317383

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item