satusabah

Seorang Cedera Myvi Terbabas Langgar Penghadang Jalan

RANAU: Seorang cedera selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Ranau-Telupid petang kelmarin.

Mangsa mengalami kecederaan kerana tersepit pada kenderaan jenis Perodua Myvi yang hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan.

Menurut pihak bomba, mangsa telah dikeluarkan dan dihantar ke hospital berdekatan menggunakan kenderaan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.


Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 1.43 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 68 kilometer itu pada jam 2.52 petang.

Operasi yang melibatkan seramai enam orang anggota itu tamat pada jam 3.03 petang.

Related

Kemalangan di Ranau 3524628153335999114

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item