satusabah

Shafie Apdal nafi ada kaitan

Kota Kinabalu: Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menafikan dakwaan ada kaitan dengan kes penyelewengan projek pembinaan infrastruktur di Sabah bernilai RM3.3 bilion.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna menegaskan tidak mengenali kedua-dua pegawai jabatan kerajaan negeri Sabah yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu, baru-baru ini.

"Ingin saya nyatakan sekeras-kerasnya saya tidak mengenali kedua-dua pegawai agensi kerajaan negeri itu.

"Selain itu saya juga memberi sokongan kepada siasatan SPRM,' katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Minggu lalu, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah agensi kerajaan negeri bagi siasatan kes rasuah dan merampas wang tunai lebih RM100 juta selain barang kemas, beg dan jam tangan berjenama serta sejumlah geran tanah daripada mereka dipercayai ada kaitan dengan pemberian tender projek infrastruktur di Sabah bernilai RM3.3 bilion.

Related

SPRM 9197762305495196361

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item