satusabah

Shafie Apdal persoal motif pihak kaitkannya kes rasuah Sabah

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mempersoalkan motif pihak tertentu mengaitkan beliau dalam isu penyelewengan membabitkan pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah, semata-mata kerana pernah mengetuai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Mohd Shafie berkata, peruntukan bagi sesuatu projek pembangunan daripada kerajaan Pusat termasuk membabitkan ratusan juta ringgit, datang daripada beberapa kementerian dan bukan hanya melalui KKLW.

Katanya, walaupun projek membabitkan prasarana asas luar bandar seperti air dan elektrik, ia boleh disalurkan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Jabatan Perdana Menteri (JPM) jika ia disalur dalam bentuk pinjaman.

"Saya tak tahu kenapa ada pihak kaitkan dengan KKLW, sebab itu jangan tuduh menuduh, ...biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat.

"Saya juga harap semua pihak beri sokongan terhadap siasatan oleh SPRM, perkara ini saya harap tiada spekulasi kerana siasatan masih dilakukan, bukan tuduh mana-mana pihak," katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.

Semalam, Mohd Shafie dilaporkan berkata, beliau sedia memberi kerjasama jika diperlukan dalam siasatan kes penyelewengan membabitkan pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah.

Pada masa sama, beliau mendakwa, kerajaan negeri dalam keadaan tergesa-gesa mengaku mereka tidak bersalah dan mengalihkan kesalahan itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) yang pernah diketuai Mohd Shafie ketika siasatan oleh SPRM masih berjalan.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, dilaporkan berkata projek berkenaan disalurkan menerusi KKLW dan bukan kementeriannya di peringkat negeri.

Pairin dipetik berkata, peruntukan itu disalurkan terus kepada jabatan diterajui kedua-dua suspek terbabit selaku agensi pelaksana tanpa pengetahuan kementeriannya.

Pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan negeri itu ditahan SPRM pada Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion sejak tahun 2010.

Related

SPRM 5145033235378513973

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item