satusabah

Taufan Chaba, Tsunami di Busan Korea 5.10.2016

Korea Selatan, 5 Okt - Taufan Chaba yang melanda di beberapa bahagian di Korea Selatan, termasuk Busan, telah menyebabkan ribut kencang, hujan lebat dan juga gelombang ombak kuat sehingga air melimpah dan menjejaskan kawasan penduduk.

Setakat ini, bencana itu dilapor telah mengorbankan sekurang-kurangnya empat nyawa dan tiga yang lain hilang.

Menurut laporan koreanherald, bahagian yang paling teruk terjejas adalah pulau Jeju dan beberapa kawasan di bandar Busan serta Ulsan.


Di media sosial, hashtag #prayforbusan mula menjadi trending bersama dengan beberapa video kejadian yang merakamkan ribut itu mengganas dan ombak melimpahi sempadan seterusnya menjejaskan kawasan penduduk.

Antara video yang dimuat naik termasuklah detik cemas penumpang sebuah kenderaan yang dipercayai bas apabila kenderaan itu dihempas dengan ombak yang kuat.

Taufan Chaba kini dilaporkan dalam perjalanan ke negara Jepun.
Sehingga kini belum ada laporan rasmi tentang waktu kejadian, jumlah terkorban serta, jumlah kerugian yang musnah akibat bencana tersebut.


Berita yang sedang viral dengan hashtag #PrayForBusan di Twitter ini menyaksikan video dan gambar ketika dan selepas kejadian dimuatnaik secara meluas oleh pengguna di laman sosial kedua paling popular ketika ini.

Related

Korea 5160065657580656236

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item