satusabah

Taufan Matthew: 4 maut, RM24 bilion musnah

Washington: Selepas membawa kemusnahan besar dan mengorbankan lebih 900 orang di Haiti, Taufan Matthew melanda Carolina Utara di Amerika Syarikat serta beberapa kawasan lain menyebabkan banjir serta 14 terbunuh selain kerosakan harta-benda dianggar bernilai AS$6 bilion (RM24 bilion).

 Kekuatan taufan berkenaan yang semakin berkurangan berbanding ketika melanda Haiti minggu lalu, membawa hujan sebanyak 38 sentimeter yang menyebabkan banjir, menumbangkan pokok dan infrastruktur lain sejka 24 jam lalu.

Selain 10 kematian di Florida dan Georgia, empat lagi mati lemas di Carolina Utara dengan tiga dalam kereta yang dihanyutkan banjir. Tiada kematian dilaporkan di Carolina Selatan walaupun kawasan pantainya dilanda ombak setinggi tiga meter.

Lebih dua juta penduduk di empat negeri di Amerika terputus bekalan elektrik dan pihak berkuasa menganggarkan kerugian bernilai RM24 bilion. Taufan itu kini menuju sempadan Virginia.

Related

luar negara 3166385821651774880

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item