satusabah

TERKINI: Abu Sayyaf Bebaskan Tiga Tebusan Indonesia

MANILA: Militan Abu Sayyaf membebaskan tiga lagi tebusan dari Indonesia yang ditahan sejak tiga bulan lalu, lapor kerajaan Filipina, sekali gus menjadikan seramai sembilan tebusan dibebaskan dalam tempoh dua minggu.

Perunding keamanan, Jeses Dureza berkata, ketiga-tiga tebusan itu diserahkan kepada kumpulan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) di Sulu pada Ahad.

Kumpulan MNLF merupakan kumpulan pemisah yang menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan. Bagaimanapun tidak pasti sama ada wang tebusan dibayar kepada militan Abu Sayyaf bagi membebaskan tahanan tersebut.

Dalam tempoh dua minggu ini, militan yang bersekutu dengan pengganas Daesh itu telah membebaskan tiga rakyat Indonesia, dua rakyat tempatan dan seorang lelaki Norway yang diculik dari sebuah pusat peranginan pada tahun lalu.

Dua rakyat Kanada turut diculik dlaam kejadian berkenaan tetapi dipancung selepas wang tebusan tidak dibayar.

Pembebasan tiga tebusan Indonesia berkenaan dibuat ketika Tentera Darat Filipina (AFP) meningkatkan operasi mengusir anggota pemberontak di Sulu dan Basilan.

Presiden Rodrigo Duterter menjadikan militan Abu Sayyaf sebagai sasaran utama tentera dan enggan berunding dengan militan tersebut yang dilabelkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. - AFP

Related

Jenayah 2046672951702479058

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item