satusabah

Tujuh nyaris maut rempuh jambatan

 
Semporna: Tujuh individu termasuk enam pelancong warga Thailand nyaris maut selepas bot yang mereka naiki hilang kawalan sebelum merempuh sebuah jambatan di perairan Kampung Sum-Sum, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, semua mangsa terselamat sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan selanjutnya.

Ketua cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Katizah Rahaban berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.03 malam dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Semporna dikejar ke lokasi kejadian.

"Menurut maklumat seramai tujuh mangsa iaitu seorang pemandu pelancong bersama enam pelancong warga Thailand diselamatkan orang awam selepas bot yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh jambatan Kampung Sum-Sum.

"Semua mangsa dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya ketika dihubungi, tadi.

Katizah berkata, pasukan bomba hanya menjalankan kerja pemantauan di sekitar kawasan untuk memastikan tiada mangsa lain yang terbabit dalam kejadian itu sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.02 malam tadi.

Related

kemalangan di Semporna 1119424142243457841

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item