satusabah

Tutup Malu

Kota Kinabalu: “Tutup sahajalah.” Demikian ungkapan bekas timbalan pengarah sebuah jabatan di negeri ini selepas terkejut dengan kehadiran jurugambar di luar Mahkamah Majistret, di sini, sebaik tempoh remannya untuk membantu siasatan kes penyelewengan projek pembinaan infrastruktur bernilai RM3.3 bilion, berakhir semalam.

Lelaki berusia 62 tahun itu berkata demikian sambil menutup mukanya dengan jaket jean putih sebelum masuk ke kamar Majistret Stephanie Sherron Abbie untuk dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu dia yang bersara pada tahun lalu dan dilantik sebagai Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Majistret kira-kira jam 10 pagi dengan ditemani beberapa ahli keluarga sambil diiringi pegawai SPRM.

Tidak lama selepas itu, suspek diarah masuk ke kamar Stephanie, namun terkejut melihat sekumpulan jurugambar berada di luar mahkamah.

Suspek yang diwakili peguam Chin Teck Ming, Bardev Singh, Karpaljit Singh dan Edward Paul kemudian dibebaskan di hadapan Stephanie dengan jaminan sebanyak RM500,000 tanpa deposit serta dua penjamin tempatan.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Faliq Basiruddin berkata, suspek dikehendaki untuk melaporkan diri di Pejabat SPRM pada setiap bulan.

“Suspek dikenakan jaminan RM500,000 tanpa deposit serta dua penjamin tempatan yang bukan daripada kalangan keluarga,” katanya.

Suspek adalah antara lima yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan pada 14 Oktober lalu. Empat yang lain ialah suspek pertama membabitkan pengarah jabatan sama dibebaskan dengan jaminan RM500,000 tanpa deposit, pada Ahad lalu.

Suspek kedua iaitu timbalan pengarah, abangnya yang juga ahli perniagaan bergelar Datuk (suspek ketiga) dan akauntan (suspek keempat) pula dibebaskan pada Isnin. - HMetro Online, 20/10/2016

Related

SPRM 2416213773009450891

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item