satusabah

Ular sawa telan anak lembu‎

GUA MUSANG - Seekor ular sawa batik seberat 100 kilogram berjaya ditangkap setelah ditemui kekenyangan di ladang sawit di Kampung Meranto, di sini.

Penduduk, Wan Rohana Wan Mat, 41, berkata, seorang daripada sekumpulan pekerja ladang memaklumkan kepadanya mengenai penemuan itu.

"Katanya, mereka nampak ular sepanjang enam meter itu, bergerak-gerak di dalam paya di kawasan ladang tersebut.

"Ular berkenaan sukar untuk bergerak kerana kekenyangan dan seperti baharu sahaja menelan sesuatu.

Lalu saya terus menghubungi pihak berkenaan untuk menangkapnya," katanya lagi.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd Yussalmi Mohd Yusoff berkata, ular tersebut dipercayai telah menelan seekor anak lembu penduduk di kawasan berkenaan.

"Kita mendapat laporan bahawa ada anak lembu hilang di kawasan ini.

Empat anggota berjaya menangkap ular itu dalam masa lima minit.

 "Ia tidak agresif kerana terlalu kenyang.

Buat masa ini, reptilia itu berada dalam simpanan kami dan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan dalam masa terdekat," katanya lagi. -- BERNAMA

Related

ular 4760292900285389538

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item