satusabah

[VIDEO] 30 anggota SPRM, 15 jam untuk kira wang rampasan RM52 juta

KOTA KINABALU 5 Okt. - Jumlah wang tunai dipercayai hasil daripada perbuatan rasuah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah adalah RM52 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, jumlah tersebut adalah yang terbesar pernah dirampas SPRM sejak 49 tahun penubuhan agensi tersebut.

Katanya, wang tersebut memerlukan tempoh selama 15 jam untuk dikira membabitkan 30 anggota. “Jumlah ini hanya wang tunai.

Kami masih belum dapat jumlah yang tepat untuk nilai kesemua barang kemas yang dirampas,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Related

Video 134328620823939469

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item