satusabah

Wang suspek di luar negara akan dipindah ke akaun tempatan

KOTA KINABALU: Pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah yang disiasat berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan, akan memindahkan wang simpanan di luar negara ke akaun mereka di Malaysia dalam masa terdekat.

Pengeluaran daripada beberapa akaun bank antarabangsa itu dilakukan dengan bantuan Mutual Legal Assistant (MLA) bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung kes penyelewengan terbabit.

Sumber memberitahu BH, setakat hari ini SPRM mengambil keterangan 23 individu, termasuk adik kepada pengarah berusia 54 tahun itu, bagi membantu siasatan kes berkenaan yang dijalankan menerusi 'Ops Water'.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini kerana SPRM masih dalam proses mengumpul lebih banyak maklumat sebelum tindakan lanjut.

"SPRM dijangka memanggil pegawai Jabatan Tanah dan Ukur untuk menilai harga geran tanah yang dirampas daripada salah seorang suspek, Isnin lalu.

"Antara geran yang dirampas membabitkan tanah perumahan, pertanian dan komersial, manakala kereta yang dirampas daripada pengarah dibeli menggunakan atas nama syarikat adiknya," kata sumber itu.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata timbalan pengarah agensi berkenaan juga didapati membeli sebuah rumah di luar negara.

"SPRM juga sedang menyiasat sebuah syarikat yang menguruskan pengaliran wang milik timbalan pengarah," katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan maklumat itu namun enggan mengulas lanjut.

Related

SPRM 4272497831680398867

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item