satusabah

Abu Sayyaf Culik dan Bunuh Warga Jerman

ZAMBOANGA CITY: Pihak tentera Filipina pada Isnin mengesahkan mengenai penemuan mayat dalam sebuah kapal layar yang ditinggalkan di Sulu.

Mayat itu dipercayai adalah rakan kepada mangsa culik warga Jerman, Juergen Kantner.

Jurucakap tentera, Major Filemon Tan berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 6 pagi Ahad berhampiran Pulau Laparan dekat Pangutaran, Sulu.

Tan berkata terdapat kesan luka tembakan pada badan mayat.

Memetik laporan laman Philstar hari ini, seorang jurucakap kumpulan itu dikenali Muammar Askali alias Abu Rami mendakwa  mereka telah menculik Juegen Kantner berusia 70 tahun.

Tambahnya seorang wanita, Sabina Wetch (50), maut selepas ditembak kerana melawan dan ingkar atas arahan mereka. Meskipun demikian, kumpulan Abu Sayyaf tiada menyatakan bila tarikh kejadian penculikan.

Tentera berkata pihaknya masih tidak mempunyai maklumat mengenai penculikan itu. -Philippines Daily Inquirer/Asia News Network

Related

Sulu 13801596407038114

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item