satusabah

Bantah bilik asrama tanpa pintu

Jakarta: Pelajar dan aktivis semalam mengecam cadangan menteri hubungan sosial Indonesia yang mahu pintu bilik asrama universiti dicabut bagi menghalang hubungan songsang berlaku.

Khofifah Indar Parawansa berkata, ketika melawat sebuah universiti terkemuka dia melihat asramanya tidak mempunyai pintu supaya aktiviti pelajar di dalam bilik boleh dipantau secara efektif.

“Jadi tidak perlu bimbang lagi kemungkinan berlakunya hubungan antara lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita.

“Saya melihat ia sangat efektif dan berpendapat ia boleh dilakukan di negara ini,” katanya. Bagaimanapun, Khofifah tidak mendedahkan nama universiti yang dilawatinya itu.

Naib pengerusi Institut Setara, Bonar Tigor Naipospos memberitahu, cadangan itu sangat mengarut dan tidak masuk akal.

“Pintu menunjukkan seseorang itu perlu kehidupan peribadinya sendiri. “Kerajaan tidak perlu memecahkan pintu atas alasan moral dan cuba membentuk kelakuan seorang individu,” katanya.

Seorang pelajar di Universiti Islam Jakarta, Dian Najean Lestari berkata, cadangan itu memberi risiko keselamatan terhadap pelajar. - Reuters

Related

indonesia 4902883088163009449

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item