satusabah

Bila air hujan warna hitam

HANGZHAO - CHINA. Hujan air berwarna hitam melanda penduduk Hangzhao pagi Isnin, menyebabkan rumah, kenderaan dan diri mereka basah dengan dengan cecair berwarna hitam.

Menurut laporan Shanghaiist, 'hujan hitam' tersebut adalah berpunca dari sebuah kilang yang sedang dimusnahkan berdekatan dengan bandar tersebut.

Rupa-rupanya, ketika proses meruntuhkan kilang berkenaan, pekerja tidak sengaja menyebabkan kebocoran tangki mengandungi serbuk petroleum mentah.

Akibatnya, serbuk berkenaan dibawa angin dan secara tidak sengaja dihujani 'hujan normal' yang kemudian melanda Hangzhao.

Walau bagaimanapun, jabatan perlindungan alam semulajadi mengesahkan serbuk petroleum mentah dan kejadian tersebut tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Related

Global 980884176303288555

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item