satusabah

Dua Tekong Kapal Nelayan Dipercayai Diculik Di Perairan Kinabatangan

 
KOTA KINABALU: Dua tekong bot dilaporkan diculik ketika menangkap ikan bersama sekumpulan nelayan di perairan Kinabatangan, tengah hari tadi.

Difahamkan dalam kejadian itu jam 1.30 tengah hari, beberapa nelayan yang menaiki dua bot di perairan Kinabatangan antara Mumiang dan Kertam didatangi sekumpulan lelaki bersenjata.

Sumber memberitahu BH, maklumat awal diperoleh pasukan keselamatan, dua tekong terbabit, kedua-duanya dipercayai warga Indonesia dilarikan ke lokasi tidak diketahui kemungkinan menghala ke perairan negara jiran. K

Bagaimanapun, hingga kini pasukan keselamatan belum menerima laporan rasmi berhubung kejadian itu namun siasatan serta tindakan lanjut sudah dijalankan susulan maklumat berkenaan.

"Kita masih menyiasat maklumat itu serta jumlah sebenar nelayan serta anggota kumpulan bersenjata yang terbabit dalam insiden berkenaan.

"Setakat ini, dua mangsa dipercayai tekong dua bot berasingan dilaporkan dibawa lari oleh kumpulan terbabit manakala kru bot ditinggalkan," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, ketika dihubungi berkata pihaknya belum menerima laporan rasmi berhubung perkara itu.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sandakan, Saiful Bahari Muin, berkata pihaknya ada menerima maklumat berhubung kes culik membabitkan dua nelayan di perairan Kinabatangan.

"Kita dimaklumkan dua bot bersama kru yang dibebaskan dibawa ke Sandakan dengan diiringi pasukan keselamatan untuk siasatan lanjut," katanya.

Related

Penculik Bersenjata 2466967568464432368

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item