satusabah

Filipina mahu operasi bersama perangi Abu Sayyaf

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte akan membincangkan kemungkinan operasi bersama tentera dan polis dengan Malaysia untuk menghapuskan tindakan militan Abu Sayyaf menculik pelaut di sepanjang sempadan laut kedua-dua negara yang melumpuhkan perdagangan dan perniagaan.

Beliau berkata, menangani "keamanan dan ketenteraman yang semakin buruk" di perairan itu akan menjadi agenda utama apabila bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, dan pegawai atasan lain di Malaysia minggu depan.

Duterte berkata, serangan itu memalukan beliau kerana militan Abu Sayyaf berpangkalan di Jolo, selatan Filipina, wilayah miskin di mana mereka menahan tebusan.

"Memang perlu bagi kita, tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia, bercakap mengenai perkara ini dengan serius dan menghentikan ia kerana ia melumpuhkan perdagangan dan perniagaan di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata, rundingannya meliputi kawalan sempadan, lintasan sempadan dan mungkin operasi bersama tentera dan polis. Ketika lawatan baru-baru ini ke Indonesia, Duterte berkata beliau membincangkan kemungkinan strategi keselamatan dengan Presiden Joko Widodo dan pemimpin Indonesia itu bersetuju.

Biarpun rundingan awal ketiga-tiga negara untuk meningkatkan keselamatan, militan Abu Sayyaf terus melancarkan serangan di laut, menculik kru bot tunda rakyat Malaysia dan Indonesia.

Rundingan itu rumit dan sukar kerana Filipina dan Malaysia mempunyai isu wilayah dan persoalan timbul, sebagai contoh, sejauh mana pihak Malaysia boleh mengejar militan yang melarikan diri apabila mereka memasuki perairan Filipina. - AP

Related

Global 4025081767938402765

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item