satusabah

Lelaki maut jentera penggelek terbabas di Bukit Kokol

KOTA KINABALU: Seorang pekerja lelaki disahkan maut selepas jentera penggelek jalan terbabas dari kawasan pembinaan di Jalan Bukit Kokol di sini petang sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Davines Lukas, 36, disahkan meninggal dunia semasa menjalankan kerja pembinaan di lokasi kejadian.

Ketua Pusat Gerakan Operasi ( PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Mohd Affendy K Ramin berkata jentera penggelek jalan berkenaan terbabas jatuh dari kawasan pembinaan.

“Impak kejadian menyebabkan seorang mangsa lelaki tersepit di dalam jentera terbabit.

“Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas bomba,” katanya.
Affendy berkata pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa dan pihak ambulans di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi tamat jam 5.10 petang.

Katanya,operasisejauh13 kilometer dijayakan seramai sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Lintas diketuai Pegawai Bomba Kanan II Rozam Shah.

Related

Kota Kinabalu 8061372288488972647

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item