satusabah

Nur Misuari Muncul Selepas Lama Bersembunyi

MANILA: Pemimpin pemisah Islam Filipina, Nur Misuari, muncul semula selepas tiga tahun bersembunyi di selatan negara itu untuk bertemu Presiden Rodrigo Duterte, semalam.

Duterta dilaporkan menjemputnya sebagai sebahagian usaha untuk menamatkan pemberontakan selama beberapa dekad di selatan negara itu.

Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) itu keluar daripada persembunyian selepas mahkamah menggantung waran tangkap ke atasnya selama enam bulan bagi membolehkan beliau mengadakan rundingan dengan Duterte dan pegawai lain.

Seorang pegawai Kabinet menjemput Misuari dari Pulau Jolo menggunakan jet. Duterte yang gembira mengumumkan kehadiran pemimpin pemisah itu di Istana Presiden di Manila menerusi televisyen.

Tidak menyedari beliau diminta berucap, Misuari meluahkan sokongan kepada Duterte, tindakannya memerangi dadah dan serangan terhadap militan Abu Sayyaf dalam ucapannya.

“Saya sedia untuk kekal berada di kawasan pergunungan jika bukan kerana jemputannya,” kata Misuari, merujuk kepada Duterte.

Duterte, yang mengambil alih jawatan pada Jun, meneruskan rundingan damai dengan MNLF pimpinan Misuari dan kumpulan pemisah lain yang lebih besar tetapi mengarahkan tentera memusnahkan Abu Sayyaf, yang kerap melakukan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan, memenggal kepala tebusan dan melancarkan pengeboman.

Kini dalam lingkungan usia 70-an, Misuari menafikan apa yang disifatkan sebagai sindiran media bahawa kumpulannya semakin lemah.

Bekas profesor universiti, Misuari mencetuskan pemberontakan Islam di selatan ketika pemerintahan diktator Ferdinand Marcos pada 1970-an, tetapi menerima kuasa autonomi terhad bagi minoriti penduduk Islam di selatan dan menandatangani perjanjian damai pada 1996 dengan kerajaan. – AGENSI/BH Online

Related

Global 8245412856338121912

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item