satusabah

Pindah Ke Tempat Lebih Tinggi Jika Hujan Berterusan

Gambar van yang tersebar di laman media sosial sebuah van dihanyutkan arus sungai didakwa di Keningau
KENINGAU: Penduduk yang tinggal di sepanjang sungai Pampang dan Apin-Apin di sini telah dinasihatkan untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi kerana paras air yang meningkat secara mendadak disebabkan hujan lebat yang berterusan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau Asip Kaidin berkata hujan lebat sejak jam 3 petang telah menyebabkan Sungai Pampang meningkat sebanyak tiga meter.

"Beberapa buah rumah telah ditenggelami air. Banjir itu adalah di paras lutut dan beberapa penduduk kampung telah mula membungkus dan berpindah ke kawasan yang lebih selamat. "Kami telah menghantar beberapa anggota untuk memantau keadaan di beberapa buah kampung, terutamanya di sepanjang sungai," katanya.

Asip berkata buat masa ini, tiada pemindahan mangsa banjir dijalankan, tetapi jabatan itu bersedia untuk pangggilan kecemasan.

"Paras air tidak berada pada tahap yang berbahaya lagi, tetapi ia boleh menjadi lebih buruk jika hujan berterusan," katanya.

Menurut Asip pihak Bomba sebelum itu telah menerima panggilan kecemasan sebuah van dihanyutkan oleh arus banjir berhampiran Sungai Apin-Apin.
Gambar Van yang didakwa hanyut di Sungai Apin-Apin Keningau
"Kami diberitahu bahawa pemilik ketika itu membasuh vannya di sungai sebelum air sungai deras datang dan menghanyutkan van tersebut.

"Kami tidak dapat mengambil van tersebut kerana tidak tahu lokasinya," kata beliau sambil menambah bahawa hujan telah berhenti, tetapi langit masih mendung.

Gambar-gambar yang dikongsi APM Keningau
 

Related

daerah keningau 3045624353591389225

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item