satusabah

Rumah, Kereta Rosak

Kota Kinabalu: Lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sembulan Tengah, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 2 petang itu, tiga kereta jenis Proton Perdana, Saga dan Saga lama turut rosak. Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.10 petang dan tiga jentera dengan kekuatan seramai 34 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan lima rumah yang musnah sepenuhnya. "Tindakan pantas bomba mengawal api berjaya mengelak daripada banyak rumah yang musnah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, api dikawal pada 2.25 petang dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related

Kota Kinabalu 7287315490918406774

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item