satusabah

Senarai terbaru 23 suspek yang dikehendaki ESSCOM

Kota Kinabalu: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengeluarkan senarai terbaru 23 suspek yang dikehendaki kerana terbabit dalam jenayah rentas sempadan di perairan Sabah.

Difahamkan, seorang daripada senarai itu dikenali sebagai Salvodor Muktadil@Badong dilaporkan sudah meninggal dunia dalam operasi ketenteraan pasukan keselamatan Filipina di Pulau Siasi, selatan Filipina, September lalu.

Manakala adiknya Khadafy sudah ditangkap pasukan keselamatan Filipina tahun lalu di Kepulauan Jolo. Komander ESSCOM Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid berkata, semua suspek dikehendaki kerana terbabit dalam jenayah rentas sempadan di negeri ini.





"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta supaya menghubungi pusat operasi ESSCOM di talian 089-863181," katanya.

Kumpulan Muktadil Bersaudara aktif mendalangi beberapa kes penculikan di pantai timur Sabah dan dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Related

Isu Keselamatan Sabah 3183611895638411506

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item