satusabah

Sentuh bahu ghaib RM20,000

RAISA mendakwa dipukau seorang wanita menyentuh bahunya. FOTO Malai Rosmah Tuah
Kota Kinabalu: “Sebaik belakang bahu disentuh wanita memakai tudung itu, saya menuruti kata-katanya sehingga rantai, gelang, anting-anting serta wang tunai diberikan kepadanya,” kata Raisa Rase, 60, suri rumah yang dipercayai menjadi mangsa pukau di hadapan pasar raya di pekan Telipok, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, wanita terbabit kehilangan dua cincin perkahwinan yang berusia 30 tahun dan jam tangan berjenama pemberian suaminya.

Suspek melarikan telefon bimbit, wang tunai RM400 dan dokumen penting milik mangsa.

Tidak cukup dengan itu, suspek mengambil cadar dan roti yang sebelum itu dibeli mangsa di premis lain menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM20,000.

Raisa berkata, sebelum kejadian, dia bersama cucu dan anak saudara ke pekan Telipok membeli kelengkapan rumah. - Harian Metro, 19 November 2016

Related

wanita dipukau 7741588132000951434

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item