satusabah

Serah Tugas kepada TLDM Jaga Perairan Sabah - Nelayan

KOTA KINABALU: Nelayan di pantai timur Sabah menggesa kerajaan menyerahkan tugas menjaga perairan negeri itu kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memandangkan kejadian culik yang berterusan di sempadan kawasan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Sandakan, Phua Peh Chee berkata, kejadian culik yang tidak berkesudahan berlaku di pantai timur itu seolah-olah tidak mampu ditangani pihak Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

"Kita bimbang keselamatan kami di sini kerana kes culik sudah lama berlanjutan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Peh Chee berkata, kebanyakkan ahli persatuan nelayan di Sandakan telah hilang keyakinan terhadap Esscom dan mahu tentera laut mengambil alih tugas mengawal sempadan perairan itu.

"Berapa lama lagi kita perlu tunggu dan biar jenayah ini berlaku di depan mata kita? Nelayan terus diculik dan dirompak di laut?" katanya.

Dilaporkan penculikan terbaharu telah berlaku di perairan Kertam Kinabatangan, pagi Sabtu.

 Dalam kejadian itu, dua warga Indonesia didakwa telah diculik lima lelaki bersenjata yang menyerang bot mereka dalam kejadian berasingan pada pukul 11 pagi dan pukul 11.45 pagi.

Related

Penculik Bersenjata 7923600495294331574

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item