satusabah

Terima Kasih Duterte Kata Nelayan Vietanm Yang Ceroboh Perairan

SUAL 3 Nov.- Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan pembebasan 17 nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara itu, sebagai tanda persahabatan dengan Hanoi.

Duterte mengarahkan pembebasan 17 lelaki yang ditahan di atas tiga bot nelayan pada 8 September lalu, selepas melawat Vietnam yang merupakan negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Duterte memberitahu diplomat dan pegawai kerajaannya bahawa beliau telah mengarahkan dakwaan ke atas semua nelayan berkenaan digugurkan kerana mereka memasuki perairan Filipina secara tidak sengaja kerana ingin mengelak cuaca buruk.

Duterte berkata, kes itu dimaklumkan kepadanya ketika lawatannya ke Hanoi akhir September lalu dan menegaskan bahawa kedua-dua negara itu sering menjadi mangsa penindasan negara kaya.

“Sebab itu kita harus meletakkan keutamaan dalam ASEAN. Kita berjiran antara satu sama lain dan ada ketikanya kita perlu melakukan sesuatu untuk melindungi kepentingan kita,” katanya.

Selapas dibebaskan kesemua nelayan itu belayar pulang dari Sual dan salah satu bot dilihat mengibarkan kain rentang tertulis ‘Terima kasih Presiden Duterte. Dari Nelayan Vietnam’. - AFP

Related

Ketua Menteri Sabah 3216661762709815692

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item