satusabah

Tiga Bas Penumpang Berlanggar

SANDAKAN: Seorang parah manakala dua cedera ringan selepas tiga bas penumpang berlanggar di Stesen Bas Sri Taman, Batu 3 di sini pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Anddre Andrew berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Norhisham Borhan, 40- an, mengalami cedera parah di bahagian kaki dan tangan.

Bagaimanapun, beliau berkata maklumat dua mangsa yang cedera ringan, belum diperolehi.

Andree berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kirakira jam 7.26 pagi.

"Sejurus itu, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dengan kekuatan lima anggota diketuai PBKII Japar Hamzah dikerahkan ke lokasi kejadian seminit kemudian dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi," katanya.

Beliau berkata kemalangan melibatkan sebuah bas mini melanggar bas 32 penumpang dan sebuah lagi bas mini.
Katanya terdapat seorang mangsa tersepit di kenderaan bas mini berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan mengalami cedera parah, manakala dua lagi mangsa cedera ringan.

Tambahnya semua mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut membantu bagi memberi rawatan awal kepada 
seorang mangsa di lokasi kejadian.

Pengadu seorang wanita berumur 32 tahun memberitahu dia terlihat kemalangan jalan raya di stesen bas terbabit dan terus menghubungi MERS 999 untuk mendapatkan khidmat bantuan.

Setelah menerima panggilan dari MERS 999 kira- kira jam 7.45 pagi, enam petugas PKOD diketuai Sarjan (PA) Bitting Muniran, bergerak ke lokasi dan membuat rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantar mangsa ke hospital.

Related

Sandakan 5875193536163373699

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item