satusabah

Tsunami Boleh Landa Kudat Sabah - Analisis [Video]

Benarkah akan berlaku Tsunami di Utara Borneo yang terletak di daerah Kudat negeri Sabah ? Soalan ini menjadi pertanyaan di kalangan Sabahan selepas Dialog- Tsunami Besediakah Kita ?

Rancangan yang disiarkan secara langsung di TV1 RTM, 9.00 malam pada rabu lalu (2 November 2016) bersama tetamu DR. Mohd. Rosaidi Che Abas, Timbalan Ketua Pengarah [Operasi] Jabatan Meteorologi Malaysia.

TSUNAMI mendengarkannya sudah cukup menggerunkan bagaimana pula jika ia benar berlaku ? Apa yang harus dilakukan sekarang adalah membuat persediaan awal untuk menghadapinya.

Berikut adalah kenyataan daripada DR. Mohd. Rosaidi Che Abas, Timbalan Ketua Pengarah [Operasi] Jabatan Meteorologi Malaysia ketika ditanya kebarangkalian Tsunami melanda Kudat Sabah:

Hasil penyelidikan daripada saintis-saintis seluruh dunia mereka menjangkakan akan GEMPA KUAT boleh berlaku pada bila-bila masa yang berpusat di sebelah barat Filipina. Jika keadaan ini berlaku maka kesan ombak tsunami itu akan sampai ke Sabah melalui daerah Kudat.

Selain itu, melalui satu kajian di sebelah barat laut Sabah ada berlaku tanah runtuh dasar laut yang begitu dashyat sekali dan satu simulasi yang dibuat sekiranya berlaku tanah runtuh yang berskala besar di daerah Barat Laut Kudat OMBAK TSUNAMI boleh mencecah sehingga 50 Meter di Kudat. Selanjutnya sila tonton video pendek di bawah

Jika ada yang mahu membahaskan topik ini ia tidak akan mengubah apa-apa kerana pihak mengeluarkan kenyataan dan amaran iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk memantau perkara yang berkaitan.

Jadikan artikel ini sebagai makluman awal untuk kita semua ‘alert’ dengan info terbaru yang dikongsikan di Malaysian Meteorological Department (Jabatan Meteorologi Malaysia) yang sentiasa dikemaskini di laman sosial. Sumber : Suara Masyarakat Sabah

FOLLOW Page 1SABAH untuk Berita dan Info Terbaru



Related

Info Sabah 3033797361585100123

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item