satusabah

Mahkamah Amerika Tolak Saman 1MDB


Add caption
KUALA LUMPUR 24 Sept. – Berikut kenyataan penuh yang dikeluarkan hari ini oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak sebagai respons me­ngenai penolakan saman terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang difailkan di Amerika Syarikat:

Saman bersama yang difailkan di Amerika Syarikat terhadap 1MDB dan lain-lain pihak oleh setiausaha politik Tun Mahathir Mohamad, Matthias Chang dan Husam Musa mencetuskan kontroversi di peringkat global.

Ia dibuat semata-mata berasaskan dakwaan yang terkandung dalam aduan sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, dan cerita palsu bertujuan memburuk-burukkan pihak tertentu yang disiarkan Wall Street Journal.

Saman oleh konco-konco Tun Mahathir ini menjadi be­rita dan mengundang kontroversi di peringkat global apabila ia difailkan pada 11 Ogos. Tetapi, anehnya, Wall Street Journal dan media Barat lain tidak melaporkan bahawa saman itu telah ditolak semalam.

Realitinya, ia memang tidak berasas sejak mula lagi, semata-mata merupakan suatu langkah mencari publisiti untuk memanipulasikan persepsi orang ramai. 

Ia adalah sebahagian daripada rancangan Tun Mahathir untuk mensabotaj 1MDB dan merosakkan ekonomi Malaysia bagi menyingkirkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. Dan semua ini dilakukan atas sebab politik peribadi, yang semata-mata bertujuan untuk memberi manfaat kepada anak beliau, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tun Mahathir tentu kecewa apabila setiap cubaannya untuk meruntuhkan demokrasi Malaysia telah gagal. Mereka akan terus gagal. Satu daripada kehebatan seseorang pemimpin sebenar ialah tahu bilakah beliau patut berundur secara diam-diam.

Rekod sebenar Perdana Menteri baru sahaja dinyatakan Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova. Kata beliau: “Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, kerajaan Malaysia mengambil pendirian tegas terhadap ekstremisme ganas melalui keterangkuman dan pendidikan, yang dianggap UNESCO sebagai pencegahan jangka panjang paling berkesan terhadap pihak yang mengancam untuk memecahbelahkan masyarakat.” 

Beliau juga memuji Malaysia sebagai “contoh bagi negara daripada semua peringkat pendapatan;” dan katanya, “negara ini menjadi bukti bahawa menghormati kepelbagaian merupakan suatu sumber kekuatan;” dan bahawa kita menjadi peneraju dalam usaha menggalakkan “mengajar agama bagi memupuk toleransi serta sikap saling hormat-menghormati dan saling faham memahami.”

Tumpuan kerajaan tidak akan terpesong oleh cubaan Tun Mahathir yang semakin terdesak. Perdana Menteri akan terus berkhidmat kepada rak­yat dan memberi keutamaan terhadap keselamatan dan kemakmuran mereka. – BERNAMA
Loading...

Related

Politik 2559000911872818194

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item