satusabah

Bah.. Debatlah !!

Cadangan debat pemimpin muda

Babitkan kedua-dua aliran politik untuk bincang isu negeri

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan, Datuk Mohamad Alamin, Exco Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Pemuda Umno Papar, Dato Armizan Mohd Ali,  Ahli Parlimen Penampang, Darrel Leiking dan Ketua Wira Parti Warisan Sabah, Datuk Mohd Azis Jamman.

KOTA KINABALU: Terpanggil melihat perkembangan politik negeri, seorang anak muda Sabah melontarkan cadangan menerusi media sosial supaya diadakan forum debat atau wacana dalam kalangan pemimpin muda keduadua aliran pemerintah dan pembangkang, khusus bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan negeri ini.

Cadangan anak muda lepasan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Fandyi Sanizan Jurup, 26, yang memuat naik menerusi akaun facebooknya lima hari lepas, nyata mendapat sokongan kebanyakan netizen yang membacanya.

Beliau menamakan empat pemimpin muda dari aliran politik berbeza, iaitu kerajaan dan pembangkang, untuk menyertai debat berkenaan, iaitu Exco Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Pemuda Umno Papar, Dato Armizan Mohd Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan, Datuk Mohamad Alamin, Ahli Parlimen Penampang, Darrel Leiking dan Ketua Wira Parti Warisan Sabah, Datuk Mohd Azis Jamman.

Ketika dihubungi Utusan Borneo pada Isnin, Fandyi berkata idea itu tercetus apabila beliau melihat ramai pemimpin muda lantang menyuarakan pendapat tentang pembangunan negara serta isu-isu berkaitan negeri ini.

“Jadi, terdetik di hati saya sendiri sebagai anak muda Sabah untuk melihat percambahan dan perdebatan idea daripada golongan pemimpin muda di negeri ini.

“Sebab saya percaya bila perkara ini terjadi, pasti isu dan idea pembangunan Sabah dapat dikupas dan perkara ini akan menjadi seronok bila ia dikotakan dalam bentuk tindakan pada PRU-14,” katanya yang pernah mendapat Anugerah Pendebat Cemerlang 2013.

Fandyi yang juga bekas presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS sesi 2013/2014 berkata, perdebatan itu secara langsung menjadi medan untuk anak-anak muda berfikir secara matang tentang politik semasa.

Katanya, sesi perdebatan juga penting untuk disuburkan dalam diri anak-anak muda Sabah bagi menonjolkan pembangunan politik yang matang.

Sementara itu, empat pemimpin politik muda yang dinamakan itu ketika dihubungi bagaimanapun memberi reaksi berbeza.

Sebahagian menyatakan tanda setuju, manakala sebahagian hanya mengambil sikap tunggu dan lihat.

Dua pemimpin parti kerajaan Armizan dan Mohamad bersetuju dengan cadangan itu asalkan ia untuk kebaikan bersama.

“Sekiranya tujuan adalah untuk kepentingan rakyat dan negeri ini, saya sedia,” kata Armizan ketika dihubungi.

Bagi Mohamad yang juga Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) pula, beliau mahu memberi ruang kepada pemimpin muda lain untuk menyertai debat itu.

Katanya, masih ramai pemimpin muda yang boleh menjadi panel perdebatan bagi mewakili pihaknya.

“Sekiranya sudah tidak ada yang lain, mungkin saya boleh

pertimbangkan,” katanya.

Sementara itu, Azis hanya menjawab ringkas ketika diajukan soalan menerusi Whatapps dengan menyatakan beliau perlu berbincang dengan ahli parti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang jawapan.

Darrel pula ketika dihubungi tidak menyatakan sebarang komitmen disebabkan masih belum membaca secara teliti berkaitan cadangan

yang dilontarkan oleh anak muda itu.

Zainald
Dalam perkembangan berkaitan, seorang netizen, Zainal Zainuddin, menyokong cadangan Fandyi itu dan berharap generasi muda tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana fakta atau hujah secara membuta tuli.

Katanya, generasi muda perlu memahami sesuatu isu itu secara mendalam sebelum melontarkan sebarang kenyataan.

“Saya percaya semua anak Sabah mahu memperjuangkan isu negeri Sabah, cuma pendekatan dan cara itu perlu betul melalui perinsip demokrasi di Malaysia.

“Berjuang pun banyak cara. Kita anak Sabah kena berani dalam mengangkat kepentingan Sabah,” katanya.

Zainal juga berharap agar pemimpin muda sama ada parti kerajaan atau pembangkang perlu bersatu hati dalam isu dan hak Sabah meskipun berbeza ideologi.

Seorang lagi netizen, Al Ghamdi Jhamar berkata generasi muda di Sabah pasti akan teruja dan dahagakan penganjuran program seumpama itu yang akan membawa kepada dimensi pemikiran baharu.

Sebab saya percaya bila perkara ini terjadi, pasti isu dan idea pembangunan Sabah dapat dikupas dan perkara ini akan menjadi seronok bila ia dikotakan dalam bentuk tindakan pada PRU-14. - Utusan Borneo/Suara Masyarakat Sabah
Loading...

Related

semasa Sabah 4267514013937330175

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item