satusabah

Dua Lelaki Maut Tertimbus Tanah Runtuh Di Kota Marudu

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menjalankan kerja mencari dan menyelamatkan mangsa yang tertimbus

KOTA MARUDU 12 Jan -- Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggangi mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Marak Parak di Kampung Tandahawon di Kota Marudu pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata kedua-dua mangsa itu dikenali sebagai Jaiman Bien, 39, dan Edmond James, 22.

"Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 7.20 pagi tadi dan 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

"Mangsa pertama ditemukan pada 8.31 pagi dan manakala mangsa kedua pada 9.28 pagi. Operasi itu kemudiannya ditamatkan pukul 9.42 pagi," katanya.

Menurut jabatan itu, mayat kedua-dua lelaki diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Loading...

Related

Tanah Runtuh 8013124562990396909

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item