satusabah

“Kalau ada istilah Chef Celebriti, saya rasa saya lebih sesuai dipanggil Chef Komuniti “ CHEF CARLINA

CHEF CARLINA
Bermula sebagai tenaga pengajar ‘kampung kampung’ sekitar tahun 2003 bagi projek latihan masakan jangka pendek dan sederhana anjuran kerajaan di bawah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja sehingga menjadi  tenaga pengajar bertauliah dengan gelaran chef, kini Chef Carlina atau nama sebenarnya Elyna Elyas sudah pun berkongsi ilmu kemahiran memasak kepada lebih seribu peserta di seluruh Sabah.

Bryani & Kari Kambing Kerala Resepi Warisan Keluarga 
Dorongan untuk berkecimpung di dalam bidang kulinari ini menurut beliau adalah semulajadi dan mungkin juga disebabkan ibu beliau merupakan seorang tukang masak malahan nenek lelaki sebelah ibu beliau yang berasal dari Kerala India juga merupakan tukang masak yang handal khususnya masakan india. 

“Pada mulanya saya menjadi tenaga pengajar sambilan di bawah syarikat pengendali latihan yang dilantik oleh kerajaan pada masa itu iaitu syarikat Green Bay Services, saya mula terfikir untuk ‘mengupgradekan kelayakan mengajar saya dalam bidang kulinari sekitar tahun 2005 kerana kerajaan mula menguatkuasakan peraturan semua tenaga pengajar projek anjuran kerajaan hendaklah tenaga pengajar bertauliah” jelas Chef Carlina yang kemudiannya mengikuti Program Pentauliahan Persijilan Pegawai Latihan Vokasional (VTO - Vocational Training Office ) yang dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Chef Carlina menyelesaikan semuanya secara sambilan dengan memakan masa hampir 5 tahun atas dorongan Pengarah JPSM ketika itu Tuan Billy Yumbot. 

Bagi Chef Carlina, bukan mudah untuk mendapatkan pentaulihan yang kini beliau miliki kerana ia memerlukan pengorbanan masa dan wang ringgit. “ Saya menduduki peperiksaan VTO sebanyak dua kali, kali pertama saya gagal kerana penyediaan bahan mengajar yang tidak menepati standard yang diperlukan” tambah Chef Carlina.

Chef Carlina
Dengan tekad dan semangat yang membara serta dibantu oleh dorongan keluarga dan rakan-rakan Che Carlina berjaya menyiapkan tugasan ( assigment 10 duty ) serta hadir ke stiap kuliah akhirnya beliau lulus dan dihantar menjalani latihan mengajar di Kolej Komuniti Yayasan Sabah, ASCOT Academy dan ATI Collage. Ketika menjalani  intern di ATI Collage bermulalah perjalanan Chef Carlina sebagai Pegawai Latihan Bidang Kulinari dan lulus cemerlang kemudian ditauliah sebagai pemegang SKM ( Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 ) yang membawa  gelaran Chef D Partie.

Sebelum itu, pada tahun 2012 Chef Carlina berjaya menyertai Masterchef musim ke-2 dan berjaya menempatkan diri sebagai Top 40 seluruh Malaysia. 

Bagi Chef Carlina, sepanjang bergerak sebagai tenaga pengajar bebas hampir 15 tahun telah memberi peluang kepada beliau berkenalan dan bertukar pengalaman dengan ramai tenaga pengajar lain dalam bidang kulinari antaranya Chef Ang, Chef Nancy Lim, Pn Allisa Teo, Pn Sarimah dan ramai lagi.

Ketika menyertai kursus untuk top-up ilmu dalam bidang kulinari saya juga berkenalan dengan Chef Li, Chef Arms, Chef Ismail dan Chef Florence. “ Semasa di Masterchef Malaysia saya berkenalan dan menuntut banyak ilmu dan tips masakan dari Chef Adu, Chef Zubir serta Chef Johari dan mengalaman di ana membuatkan saya benar-benar teruja dan kecintaan saya kepada bidang kulinari menjadi lebih mendalam” kata Cher Carlina lagi.

Kini Chef Carlina mengusahakan Daun Kari Cooking Class yang menyediakan kelas masakan umum dan persendirian untuk pelbagai jenis masakan. Chef Carlina juga sering memenuhi undangan sebagai tenaga pengajar di kolej-kolej dan juri pertandingan masakan.

“Kalau ada istilah Chef Celebriti,  saya rasa saya lebih sesuai dipanggil Chef Komuniti kerana saya selalu keluar masuk kampung dan daerah kongsi ilmu maskan,” Chef Carlina berseloroh ketika mengakhiri perbualan dengan krew portal 1Sabah.

Antara Foto yang sempat dikongsikan oleh Chef Carlina

Bersama peserta bengkel nasi berlauk tambunan

Bersama peserta dim sum tour 2016 di telupid

Chef Carlina ketika menunjukkan demi sejenis masakan

Menjadi tenaga pengajar untuk persatuan ibu tunggal pantai barat selatan

 Johan Pertandingan Memasak Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2016


Loading...

Related

sabahan 4675549637236289852

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item