satusabah

Penahanan Peter berhubung isu pembelian Ladang Sawit

PETER hadir di Mahkamah Majistret, Kota Kinabalu. - Foto Malai Rosmah Tuah

Kota Kinabalu: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah disiasat berhubung pembelian tanah ladang sawit di Tongod bernilai RM155 juta oleh RISDA.

Risda merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, dan urusan itu dipercayai dibuat ketika presiden Warisan Mohd Shafie Apdal menjadi menterinya, antara 2009 dan 2015.

Peter, 47, ditahan pada jumaat lalu selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Dalam pada itu, Azam turut memberitahu seorang lagi individu iaitu dikenali sebagai Michael Persius Ubu, 61, dari Taman Rainfield, di sini, masih belum tampil ke pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan. 

Sebelum ini, Peter adalah antara 13 individu yang disiasat SPRM berhubung kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah antara tahun 2009 hingga 2015.
Loading...

Related

SPRM 8838367732093819564

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item