satusabah

Penunggang Motorsikal Maut

KEADAAN motosikal ditunggang mangsa terlibat dalam kemalangan maut yang turut membabitkan kenderaan jenis Isuzu D-Max dan Proton Iswara pada Sabtu.
LAHAD DATU : Seorang penunggang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan lain jenis Proton Iswara dan Isuzu D-Max dalam kejadian yang berlaku di simpang Taman Warisan, Jalan Lahad Datu-Tungku, dekat sini, pagi Sabtu.

Dalam kejadian kirakira jam 9.20 pagi, mangsa dikenali sebagai Pauly Paidi, 39, berkerja sebagai sekuriti ladang meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera bahagian kepala dan patah kaki sebelah kiri.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku dipercayai akibat kecuaian penunggang motosikal Yamaha LC yang terlanggar belakang sebelah kanan Proton Iswara yang berhenti memberi isyarat untuk masuk ke simpang Taman Warisan.

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan motosikal tersebut terbabas ke lorong bertentangan sebelah kanan jalan dan terlanggar bahagian hadapan Isuzu D-Max yang dalam perjalanan dari Kampung Long Danau menuju ke bandar Lahad Datu.

“Impak daripada kejadian tersebut, mangsa telah mengalami cedera di bahagian kepala dan patah kaki sebelah kiri,” katanya.

Jelas Hamzah, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan oleh pegawai penyiasat trafik Insp. Mohamad Kemil Rahmat.
Loading...

Related

Motorsikal 4762929187782739497

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item