satusabah

Punca orang kampung balik ketika Shafie Apdal berucap


Shafie Apdal
PENYOKONG fanatik Parti Warisan Sabah paling terkesan selepas penyebaran klip video orang ramai berpusu-pusu meninggalkan program dianjur Parti Warisan Sabah di Kadamaian ketika Presidennya Datuk Shafie Apdal menyampaikan ucapan semalam.

ISU utamanya kini adalah kenapa mereka bertindak demikian ?

Apakah puncanya ? Adakah kerana Orang Sabah sudah bosan dengar ucapan Shafie yang datang ke sana hanya untuk mendapatkan sokongan semata-mata ?

Adakah Shafie terlupa siapa dia dulu ? Bukankah dia bekas menteri yang diberi tanggungjawab membangunkan luar bandar Sabah dengan bajet besar ? Lalu Pembangunan apa yang sudah dibawanya ?

Antara yang menjadi persoalan ramai orang.

Parti Warisan Sabah kononnya mahu menghapuskan rasuah. Namun apa yang melanda Presiden dan naib presiden parti itu yang disiasat kerana rasuah menyebabkan ramai yang tawar hati mempercayai kata-kata dan janji parti Warisan.

Menurut sumber antara penyebabnya adalah disebabkan penahanan Naib Presiden parti itu Datuk Peter Anthony oleh yang ditahan SPRM kali kedua kerana disiasat atas pembelian tanah RISDA di Tongod ketika era Presiden Parti Warisan menjadi menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Peter Anthony yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia  dikehendaki  oleh SPRM bersama seorang lagi naib Presiden pertubuhan berkenaan Michael Persius Ubu dipercayai bagi membantu siasatan kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di Tongod bernilai kira-kira RM155 juta. RISDA adalah agensi di bawah KKLW.

Tanah Hak Adat Bumiputera seperti diketahui ramai tidak boleh dipindah milik, namun perjanjian pembeliannya Tetap diteruskan menyebabkan RISDA kehilangan RM15,545,400 (10% wang deposit daripada RM155 juta) dipercayai masuk poket individu tertentu.

Tindakan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman memperkenalkan Geran Tanah Komunal telah menyelamatkan tanah tersebut daripada dimiliki pihak luar.

Ramai yang mulai meragui Shafie Apdal kerana beliau pernah berjanji mahu menghapuskan geran tanah komunal jika Warisan berkuasa. Jika keadaan itu berlaku, siapa-siapa yang menjadi Ketua Menteri akan tersenyum lebar. Akhitnya tanah di Sabah bakal dimiliki orang luar berdasarkan trend orang kita suka menjual tanah.

Menurut sumber, sebelum Shafie Apdal datang ke Kadamaian, masyarakat di situ terlebih dahulu telah membuat 'research' apakah yang sudah dilakukan mantan menteri persekutuan itu di kawasan luar bandar Sabah dengan peruntukan diterima berjumlah RM 7.5 Bilion  (Sabah sahaja) dari tahun 2009-2015 dalam konteks Dun Kadamaian dan parlimen Kota Belud secara keseluruhan.

Jika diamati ucapannya sebelum datang ke sini, beliau banyak berjanji untuk membangunkan Sabah tetapi sewaktu berkuasa beliau tidak pernah pun bertemu dengan Ketua Menteri Sabah atau menteri dari Kota Belud untuk berbincang pembangunan di daerah ini.

Tanya Shafie kenapa beliau tidak bertemu dan berbincang dengan Ketua Menteri dan menteri kabinet membangunkan Sabah ketika itu (semasa dalam UMNO) ?

Jika sewaktu berada dalam kerajaan beliau sudah gagal mengurus satu kementerian yang diamanahkan, bagaimana pula untuk beliau menguruskan sebuah negeri ?

Berita seterusnya akan menyusul.. 
Berita seterusnya akan menyusul.. 

Loading...

Related

Shafie Apdal 6114556034643770934

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item